Pages

Thursday, April 21, 2011

Surat Rasis Terhadap Umat Islam di Pulau Pinang.



APC terkejut dengan satu surat di bawah yang menunjukkan betapa sesetengah rakyat Pulau Pinang sudah melampau dan tidak lagi mahu menjaga sensitiviti kaum Melayu dan Islam di negeri itu.'Keterbukaan' mereka nampaknya diburukkan lagi apabila mereka berpendapat parti DAP akan menyokong mereka untuk menganggu gugat Islam di negeri Pulau Pinang.

Kenapa sampai begitu sekali?Kenapa sesetengah rakyat Pulau Pinang begitu dangkal dan tidak sensitif terhadap perasaan Melayu dan Islam di Pulau Pinang? Apakah mereka sudah menganggap bahawa Melayu dan Islam boleh digertak dan diperkotak-katikkan begitu sahaja kerana menganggap Guan Eng dan parti DAP pun bersikap demikian?Dan sebagai ahli parlimen di negeri Pulau Pinang, di manakah kelibat Anwar untuk menasihati anasir-anasir melampau itu?Di antara yang ditulis ialah :"Masjid itu merupakan jasa buruk Barisan National itu sebabnya kami sokong kerajaan sekarang""Tindakan pihak tuan akan memenangi hati penduduk bukan Islam kerana tuan berani membetulkan kesalahan yang dibuat oleh Barisan National""Tiap-tiap Jumaat, banyak orang berhenti motorsikal di sebelah masjid (tepi jalan) Lebuh Raya Lanchang, perkara ini buat kami berasa sangat marah"Persoalan besar sekarang ialah,1. Apakah pembinaan masjid tempat umat muslim menunaikan rukun Islam, sanggup diperlekehkan dan dianggap jasa buruk BN?2. Apakah pihak itu sahaja yang boleh 'berasa sangat marah'?3. Apakah kaum Melayu dan Islam di Pulau Pinang tidak boleh marah di atas keceluparan mulut mereka yang tidak bersikap toleransi kepada umat Muslim?4. Apakah mereka menganggap kaum Melayu dan Islam di Pulau Pinang tidak akan respons dan takut untuk bangkit untuk menyatakan kemarahan mereka kerana Lim Guan Eng dan DAP akan melindungi mereka? span>



Apakah mereka sudah lupa tragedi 13 Mei 1969?Persoalan-persoalan di atas perlu dijawap dengan kadar segera dan diselesaikan!APC sangat khuatir kerana benih-benih kebencian melampau sudah mulai bercambah dikalangan rakyat Pulau Pinang dan semuanya itu kerana parti DAP dilihat sebagai parti Cina Cauvinis yang akan menyokong kebencian melampau itu.Kenapakah jadi demikian? Apakah Lim Guan Eng memang bersikap demikian?Walaubagaimana pun, APC amat berharap agar pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat memantau 'suara-suara sumbang dan melampau' di kalangan rakyat Pulau Pinang.Janganlah pula ada pihak yang sudah hilang pertimbangan serta sengaja mencabar dan memperkotak-katikkan tahap kesabaran kaum Melayu dan Islam di negeri itu!
Kerana jika merujuk kepada surat tersebut, bukannya susah untuk menjejaki lokasi individu tersebut!Tetapi kita masih rasional dan tetap bersabar.

note: rupenyer dia bukan org Penang tp org Ganu..sila rujuk ayat terakhir dlm surat beliau..hehehe




No comments:

Post a Comment