So, n3 kali ni ai nk tjuk diff between Instagram vs Camera360
Tuesday, October 16, 2012
Im so in luv with it...Camera360
So, n3 kali ni ai nk tjuk diff between Instagram vs Camera360
Thursday, July 19, 2012
Info Jimat Baterry Smartphone
1. Paparan Skrin
Tetapkan (Set) kadar keterangan skrin ke aras yang rendah. Ini akan membantu melanjutkan kuasa bateri kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah. Janganlah anda tetapkan kadar keterangan tue ke tahap paling minimum. Nanti tak nampak apa-apa selain muka sendiri.
2. Memahami Jenis Skrin Yang Digunakan (LCD atau OLED)
LCD : Skrin jenis ini bergantung pada cahaya dari latar belakang (back lighting), cahaya latar (back light) dihidupkan sepanjang masa tetapi bergantung pada kandungan di skrin samaada hitam atau putih. Walaupun skrin tidak memaparkan apa-apa kandungan, cahaya latar tetap dihidupkan dan ini mungkin tidak membantu anda menjimatkan penggunaan bateri. Harap langkah berikutnya membantu anda mengatasi masalah ini.
OLED : Semakin cerah warna yang anda gunakan pada skrin, makin cepat kuasa bateri berkurangan. Perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan menggunakan latar belakang yang gelap. Untuk Nokia Lumia, sila gunakan tiles yang gelap. Warna putih menggunakan kuasa di skrin OLED.
3. Skrin Ke Paparan Standby
Bila anda tak menggunakan skrin, sila aktifkan paparan standby iaitu dengan mematikan paparan pada skrin. Dicadangkan masa untuk skrin automatik ke paparan standby tidak lah terlalu lama.
4. Sambungan (Connectivity)
Kalau anda tak guna Bluetooth, tutup sahaja. Ini adalah perkara asas yang mungkin semua orang tahu. Mematikan Bluetooth bukan sahaja menjimatkan kuasa bateri, tetapi melindungi dari ancaman luar. Begitu juga dengan sambungan WiFi, sila matikan jika tidak mahu menggunakannya. Ini kerana, ia akan terus mengimbas sambungan WiFi yang berada dikawasan berdekatan.
5. Aplikasi
Mesti didalam telefon anda mempunyai aplikasi email/sosial media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru. Dicadangkan anda menetapkan 30 minit atau lebih untuk kekerapan kemaskini tersebut. Cuba bayangkan jika setiap 5 minit telefon anda melakukan kemaskini pada Facebook/Twitter. Memang takkan bertahan punya kuasa bateri tu.
6. Kemaskini
Mungkin telefon pintar anda menerima kemaskini terbaru atau aplikasi mempunyai versi terkini. Digalakkan proses kemaskini tersebut dijalankan semasa anda mengecas telefon. Ini kerana, kadang-kadang proses kemaskini boleh mengganggu prestasi telefon jika ianya terganggu.
7. Power Saving Mode
Aktifkan sahaja fungsi ini walaupun kuasa bateri masih banyak. Ini kerana mode tersebut akan menjalankan satu pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon dan masih mengekalkan prestasi telefon ketahap maksimum.
8. Pengecas Telefon
Pengecas telefon kini mempunyai fungsi dimana akan akan mengesan apabila telefon mencapai 100% dan berhenti tanpa merosakkan bateri. Jika pengecas yang anda gunakan rosak dan tidak boleh digunakan, belilah pengecas yang dikeluarkan oleh pengilang telefon anda atau dengan kata lain belilah yang original. Jangan beli kat pasar malam yang menggunakan jenama cap ayam.
Menggunakan pengecas dari plug lebih pantas berbanding daripada mengecas menggunakan kabel USB dari komputer. Menggunakan plug, ianya lebih pantas dan menjimatkan masa.
9. Vibrate/Getaran
Mengaktifkan getaran tidak diperlukan kecuali telefon anda didalam mod senyap (Silent).
10. Common Sense
Secara umumnya kita tahu berapa lama bateri boleh bertahan untuk satu-satu hari. Sebagai contoh, anda keluar pagi, balik tengah malam dan baru nak cas telefon. Adakah logik bateri anda akan tahan lama bila waktu lunch anda boleh layan Youtube kat phone? Ataupun mendengar radio atau MP3 semasa kerja? Atau bermain game semasa tiada kerja untuk dibuat? Mestila takkan. Jadi anda sendiri tahu bagaimana sebenarnya untuk menjimatkan bateri telefon anda. 9 cara diatas membantu mengurangkan penggunaan kuasa bateri, selebihnya pada anda. Bagaimana anda menggunakan telefon pintar setiap hari.
Lima HP Yang Sangat Fofuler Satu Ketika Dahulu...
Sempena menyahut seruan kerajaan membenarkan pelajar2 bwk HP ke sekolah tahun depan (itupn kalau jadi) so semalam ai ckp kat Aisya nak bg dia HP Sony Erricsson ai yang lama..Aisya dh tersengih suke (dia mana tau HP tu lama ke baru kan)
Tapi ape yg buat ai sentap adalah statement dr abah dier....tau aper abah dia cakap...huh!!!bikin panas tinge ai..
" Kalau yer pon nk bg anak HP tkkn HP lama tu.....bg la koman2 pon Samsung ACE"
...Reaksi ai "......!!!"...terkulat2 mendengarnyer....
Mula la ai bukak citer kisah pada zaman dahulu......mama tkder pon pakai HP masa kecik besar Aisya ni tau...Aisya ni kira untung mama nk bg HP ni..Mama pakai HP masa Mama dah keje....bla..bla..bla.....kalo korang igt ai penah post pasal HP yg ai pakai...kalo tk igt jugak boleh tgk kat sini
Dah..dah....itu kisah Mama, Aisya & HP..mari kita imbas balik era HP zaman dulu.....
Jauh sebelum era iPhone, BlackBerry, dan Android,sudah ada banyak telefon bimbit yang muncul dan menguasai pasaran pada masa itu. Nah, siapa tahu anda lupa atau bahkan mungkin baru lahir pada masa itu, hari ni ai nak ajak korang bernostalgia, mengingat-ingat kembali lima telefon bimbit yang sangat popular pada masanya! Jom lihat telefon yang popular bermula dari nombor lima.
5. Nokia 3210
Tipis dan boleh diganti-ganti covernya, Nokia 3210 adalah salah satu handphone yang paling popular di masanya. Katanya ini juga merupakan salah satu handphone yang paling laku sepanjang masa.Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalam. Nokia 3210 begitu popular sehingga ada handphone yang terinspirasi dari HP ini.
4. Ericsson T10
Sebelum mereka bergabung dengan Sony, Ericsson ada melahirkan telefon bimbit sendiri. Salah satu yang paling popular adalah T10, dari jenis ‘flip’ yang berwarna-warni. Tapi berbeza dengan Nokia 3210, ‘cover’ mereka tidak boleh diganti-ganti. Jadi kalau anda mahukan koleksi semua warna, anda kena beli telefon bimbit tersebut!
3. Nokia 8210
Pada masanya, Nokia 8210 adalah handphone yang paling kecil dan paling mudah. Tersangat kecilnya, handphone ini agak sukar untuk berSMS, apatah lagi bagi yang mempunya jari bersaiz besar. Dulu harganya mahal dan cuma kawan-kawan kita yang bergaji besar sahaja mampu memilikinya.
2. Motorola RAZR
Dulu Nokia memang HP yang paling popular. Tapi dari segi ‘design’, Nokia bukanlah yang paling ‘seksi’.
Di sinilah Motorola RAZR mengambil tempatnya. Dibandingkan dengan Nokia, ciri RAZR memang tidak sebagus HP-HP Nokia. Tapi dari segi bentuk, RAZR ini memang cantik. Tipis dan kesannya elegan .
1. Nokia 5110
Dan inilah handphone ‘sejuta umat’ yang pertama. Nokia 5110 adalah salah satu HP pertama yang covernya boleh diganti-ganti, jadi semua orang yang mempunyai HP ini boleh ada cover yang unik. Tapi ciri ganti-ganti cover ini sebenarnya biasa saja. Yang paling istimewa sebenarnya kerana Nokia 5110 mempunyai game Snake! Inilah mobile game yang popular zaman dulu, jauh sebelum eranya Angry Birds.
Thursday, June 14, 2012
GADJET OH GADJET (^_^)
Dah agak lama x update blog ni..jap..jap...FUH!FUH!FUHHHH!!!! (sambil tangan dok kibas2 habuk..hehehe). Lately ni aku sangat2 boring bukan sebab xdo kojo tp byk sbb nyer..salah satu nyr adlh kerana member teman bergosip dah resign 24hrs notice...huwaaaaaaa!!!!
Hadoiiii...mmg boring ler beb dah xde member kan..keras kejung dok kat tempat tanpa suara...(tweet..twett...ong..ong...gerek..gerek....). Dah la mukabuku kat opis dah kena blok..dah tkde aktiviti nak buat. So, utk hilangkan rasa boring yg membuak2 ni aku pon terbeli la GALAXY TAB 10.1"
Taraaaaa.....bangge seh (kombang kompih idung den ni ha..)nk beli IPAD-IPAD (aka IPad2) den tk mampu..beli jer la Tablet ni. ada gak member yg tny npe beli Tab 10.1 npe x beli Note ke 7.1 ker....kan blh jdk phone sekali. Halooo...FYI, aku dah ade S2 buat ape nk NOTE bagai lgk..ok la pakai 10.1 ni sbb aku nk surf internet aje..nk berFB..nk berYM..nak ber...erm..ber aper lagik..alah...x kesah la. So, bila dh beli tab kena ade sim card..konon2 nk wifi jer dr S2 sbb ade berukbang..tp mmg beruk sungguh itu bang?? (erk..itu berukbang)..kat opis boleh lak dia x de connection..aparaaaa.itu C_ _ _ _M (sila isi sendiri tempat kosong itu yer..^0^).
Sib baik la ada sorg budak opis ni pakai U Mobile..dia yg rekemenkn kat aku soh pkai line tu sbb internet dia lajuuuuuu...Aku pon balik opis pas hantar Aisya g KUMON terus menuju ke Festival City carik itu KIOSK U Mobile dan meregisterkan diri. Pas amoi UMobile tu explain kat aku then aku pon register la plan U28 Plan..bulanan RM28 jer dpt 1GB internet. Ok la...nk cuba try test dulu dlm sebulan ape jdk...within 24hrs dh activate. Kat umah bapok laju giler...aku sgt2 la puas hati tk sabor tgu esok kat opis cane lak kan...maka esoknyr smpai jer opis trus on intenet....apa jdk korang nak tau...
signal penuh tuuuuu......(muka senyum berseri2....)..YES!YES!YES!...boleh bertenet pas nih...pastu ade lak sorg hamba ALLAH ni yg tau aku pkai UMobile terus tny ok ker pkai line tu..aku ckp ar pd aku yg just nk surf internet aku rasa ok...cubala dulu kan...
padahal dulu masa mula2 dia keluar (UMobile)..aku tk pandang pon...mcm line yg buat syarat jer dlm pasaran..bila dh guna baru tau...mabelesssss.....
Dah..dah..maleh dah nk tulis byk2..nti kering idea lain kali x tau nak tulih ape...so, aku nk layan tenet dulu nih..bos p meeting..(hahahaaaaa!......gelak nakal)....
Wednesday, March 14, 2012
My Handphone Evolution..( 1999 - 2012 )
Bercakap mengenai handphone dan peredaran masa..teringat zaman aku mula2 beli hphone dulu. Harga RM500.00 jenama Ericsson (sblm dia jadik Sony Ericsson). Beli plak hutang dua kali bayar ngan member sbb masa tu RM500.00 adalah sangat mahal okay..nak tau cane rupenyer hanphone aku yg pertama...jeng..jeng..jenggggg
Ericsson T28 (1999)
Masa beli ni pon tk bgtau kat mak sbb takut mak ckp MEMBAZIR..huhuhu..bila dh habis bayar baru bgtau mak pastu baru dapat tau yg aku kena tipu ngan kawan aku tu. Harga sebenar dia tak sampai RM500.00 sbb anak kawan mak aku pakai hphone yang sama. Itulah..TUHAN nak tunjuk..tipu lagi mak..beli hphone tak bgtau..kan dah kena tipu...huhuhu...satu pengajaran!! ='(
Okeh...itu kisah lama...aku pakai hphone ni dlm setahun macam tu la bila jenama NOKIA mula bermaharajalela. Tengok kengkawan pakai hphone yg tkde "tanduk" aka antena aku pon teruja nak jugakkkkk.....then, aku trade in T28 aku dan rembat........
Nokia 3210
Harga masa ni dalam ligkungan RM500.00 ++ tak silap aku. Bangga nih bila beli hphone ni padahal hphone tersangatla berat. Cover dia dh mcm mozek buat kitchen kabinet..metalic lagi...tapi nk ikut peredaran masa aku gagahkn jugak bawak kehulu kehilir. Kira kalau letak dlm poket memenag rebehla sebelah...hahaha
Riwayat hphone ni tak lama sebab terjatuh dlm toilet kat opis..gedebusssss......jahanammmm!!! Nak trade in mmg tk laku ler...hantar repair kat Nokia Service Centre mau amik masa 2-3 bulan..sudahnyer aku repair kat kedai biasa n letgo jer kat kedai tu. Let go bukan sebarang let go hokayyy....haruslah ade replacement kan...dan calon2nyer adalahhhh!!!
Nokia 3410
Yang ni pon lebih kurang 3210..adik beradik..harga pon lebih kurang cumanya yg ni diorg cakap baling anjing pon tk pecah..memang tebal giler...
Bila aku pikir2 balik memang teknologi ni cepat bertukar...baru kuar model ni dah kuar model baru lak...ADOIIII!!!mmg tk boleh blah...evolusi hphone BATU akhirnya berakhir bila keluar revolusi hphone dlm hati ada taman....butterfly....
Nokia N8250 aka..Butterfly
Aku sangat suke hphone ni..kecik n comel...harga pon "COMEL" jer..dlm RM700.00++.Masa ni bila bcakap ngan hphone mmg org tk perasan sebab dia hanya sebesar tapak tangan. Canggih giler masa tu...bunyi dia pon dh lain dr hphone sebelum ni...lembut jer...trittt...trittt...trittt....yg best masa ni boleh gubah lagu dlm hphone.Boleh keyin note2 lagu...beria nih masa tu salin code lagu dlm suatkabar then type kat hphone. Masa ni mana ada beli2 ringtone..seme FREE...
Dalam tahun 2004 kalau tk silap aku muncullah era hphone berkamera. Pi mana2 tk yah bwk kamera dah..pakai hphone jer boleh amik gambar..canggih woooo ~~~~. Pastu gambar tu leh wat wallpaper kat hphone..sangat bangga bila muka sendiri dok dlm hphone. Start aku teringin nak pakai hphone kamera ni bila blk kmpg tgk kakak ipaq dpt hadiah dr asben dia...sgt teruja masa tu...kebetulan hphone butterfly aku tu mmg dh problem screen n keypad..apa lagik satu kuantan aku carik hphone yg sama mcm kakak ipaq aku. Usaha aku berbaloi dan akhirnya muncullah...
Nokia 6820
Waaaa....time ni aku mmg rase dah habis canggih dah...sayang giler lah kat hphone ni. Yang uniknyer hphone ni ialah keypad dia blh bukak..haaa..tkder lagik hphone lain time tu yg secanggih tu...memang hebat giler lah. Tapi mcm aku cakap tadila..teknology mmg cepat bertukar...baru kuar hphone kamera kat belakang kuar pulak hphone 3G kamera kat depan lagi..makna nye boleh wat video call...canggih tk?..canggih tk?....Dalam tahun 2007 hphone Nokia N70 selamat menjadi milik aku... Nokia N70
Masa aku dapat hphone ni mmg dah tanam azam tknk tukar hphone lain dah sebab masa tu aku rasa hphone aku mmg dh best dan canggih...masa tu jer la....harga dia pon boleh tahan la RM1200.00...mmg mahallll.....lasben siap warning..lepas ni tk yh tukar hphone dah!!...Okay aku jawab ngan muka senyuman yg paling manis masa tu...=D
Tapi..itu semua hanyalah dongengan semata2...tahun 2009 dah start kuar hphone yg pakai penunjuk tu...ala.....macam ni haaaa
Nokia Xpress MusicLast sekali..hphone aku yg terbaru dibeli dlm tahun 2011 atas sebab2 aku berjaya memujuk Aisya puasa cukup 1 bulan wpon baru first time dia belaja berpuasa. Maka dengan itu hadiah yg berjaya aku miliki adalah......(sila teruja yer) Samsung Galaxy S2
Ini zaman bkn zaman hphone lagi yer..sudah beralih pada smart phone..mmg sphone ni bijak. Macam2 boleh buat...siap ade GOOGLE lagik...tkyah bwk laptop kehulu kehilir. Nak surf internet seme boleh. Jgn kata GOOGLE..FB pon boleh....maka dengan ini saya berjanji bahawa inilah hphone aku yg terakhir (kalau dh tkder smartphone yg canggih dr ni)...
Monday, July 4, 2011
Mr Canon..my new LUV...
Cane aku boleh beli Mr Canon nih??..camni citernyer...bermula dgn peristiwa aku nk crk OF utk wedding adik aku nti..usha punyer usha..riki punya riki..makaiiiii mahal gilosssss..riban2 jer regenyer tkder ratus2....dlm hati aku PANASSSSSS......napela nk amik gmbr pon mahal nk mampos. So, setelah aku bertekad dan nekad (cewahhh!!) aku nk beli camera dan nk try utk belajar amik gmbr mcm photographer2 yg ader..tp idok ler seterer diorg...
So, semalam aku ngan en asben pon merayau2 kat MV usha camera ni tp aku sebenarnyer just nk amik NIKON jer sebb Mr Canon ni mahal...Mr Nikon ok lagik ler. En Asben nmpk kedai Canon trus jer masuk..tny serba sikit jer mule2 tu..malu2 nk tny byk2 sbb tgk rege yg GULPPP!!...tup2 salesgirl tu ckp ader promotion..beli EOS 600D KIT + 135IS dapat beg, tripod, user manual, and 4GB. Asben mule2 berat jugak nk beli tp setelah dia mencuba Mr Canon..mengetes mana2 patut dia lak yg naik syok dan xcited nk beli. So, cut short jer citer ni dia pon belila Mr canon ni dgn rege yg TuuuuuuTTTTTT.......yg bestnyer bila aku nk try amik gmbr tk boleh..puas aku try nk snap picture tp tk captured...kemudian aku dgr hilaian tawa dr belakang..rupenyer en asben yg ketawa..dia ckp "Cane nk amik gmbr kalau cover lens tk bukak"....alamekkkk..malunyerrrr
Friday, March 18, 2011
BB vs Galaxy SL??
BB Bold 2 ker Samsung Galaxy???....RUNSINGGGG!!!....hahahha..runsing pasal perkara yg tk perlu dirunsingkan....ekceli aku tgh dok pk nk tukar HP...aku ni bukanla HP ADDICTED tp org kata kalau tk cuba kita tk tau kan.. Dalam hati aku ni dh jatuh cinte kat BB Bold 2 tapi en asben aku lebih suke Samsung Galaxy SL/S II...dia ckp BB ni application sikit jer tk byk function. Kalau takat nk bukak email n main FB laptop ader..pkai jer la...tkyah susah2 nk beli hp lain...bila pk2 balik betul jugak ape yg en asben ckp tu..tp besa la naluri org berbintang SAGITARIUS ni mmg suka benda2 yg challenging..(pdhal tkder mende yg challenging pon..takat nk btekak ngan en asben..baru la meriah idup berumah tangga..kehkehkeh!!)