Pages

Showing posts with label funny. Show all posts
Showing posts with label funny. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Cerita berbuka puasa..bukan cerita kedai kopi..

Saje nak citer pasal berbuka puasa..nak upload lauk ngan resepi mmg tak la kot..ai jrg masak sbb tk sompek (alasan..hehehe)..mmg yer pon..smpai kol 6.30 pon dh bersilat kat dapur..masak nasik jer pon..panas2 lauk..ngam2 TV3 laung azan..dah caner..bukan salah ai...

Citer pasal berbuke ni..last Saturday kitorg g berbuka kat Marche Restaurant kat eCurve Damansara..besttt..kitorg mmg selalu g sana di bulan puasa biasa. Unik sikit tempat ni...konsep dia ala2 kat market..pilih2 ingrediant pastu dia masak kat situ..air pon same..pilih buat then dia blend kat situ..tp mahal la..2-3 bulan sekali baru dtg..pekena STEAK and Salmon dia..terbaekkkk...

Mula2 nak masuk nt uolls akan dapat satu kertas..tiap kali nak mkn suruh staff dia chop..ni konsep makan dulu bayar kemudian..

Pic amik dr google...hehehe...

Nampak tak ade tulih Grill, Pizza, Pasta....haaa...nt korg nk mkn tjuk la kertas ni then diorg chop..nk byr nt tjuk kat cashier...seronokkkk..mmg seronokkk...time nak bayar nangis... #lapairmate

Nak story panjang sgt..letih...ai kan pose...so lets the picture talk..ewahhh..
Moo moo tu la maskot dia..smpai ari ni masih tertanya nape lembu dia ijo... 
Antara stall yg ade..mcm market kan..
Tgk juice dia..mengiurkannn..teh tarik marveles...



Ni antara juadah pilihan masa nak berbuka ari tu..atas kanan tu mushroom grilled..terbaekkk


Aisya makan spagethi tu mcm mkn meggie...siap hirup2 pdhal tkder kuah pon..sedap sgt gamaknyer..bile time mama buat tkpon dia nk hirup...pasni tknk buat dah...#majuk


Seafood dia sgt fresh dan sedap giler....!!!!


Ni last but not least...teh tarik...terbaekkkk....

Ini la kertas ai yg dh lonyai...haa..nmpk ader chop tu..
"WE HATE TO SEE FOOD GO TO WASTE"..EAT.THINK.SAVE...I LIKE

Lupe lak nk bgtau harga buffet:

Adult : RM68++ (not including drink)
Kid : RM30 (not including drink)

Sekali sekala bolehla..selalu sgt baik ko keje situ jer..hari2 mkn free...

Ok..pas dh kenyang g jenjalan kat The Curve...ada bazar yg sgt cozy..tk sesak...then patut ade persembahan tp tk sempat tgk sbb habis kol 8.30pm..kitrg g situ 9.00pm..aisya dh sentap sbb dia nmpk penari2 tu td so excited la nk tgk..sudahnyr ko tgk patung jer la..

Perut kenyang dia over la pulak

nmpk tk muke sentap kat kanan atas tu..kena paksa senyum..


Ok..tu kisah berbuka..ni kisah aisya pulak..ni khas utk dia jer ni...


Semasa & Selepas bersahur....mata pejam...mulut kunyah

Sebelum berbuka..terkangkang ko...penat sgt la tu...sian anak mama

Aisya g PaRam ngan abah..nak mkn sup tulang katanyer..oklah..ai tk kesahla..tau tk bwk balik ape...ai tgk ketawa golek2 smpai keluar air mata....


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Sup Kaki Ayam disangkakn Sup Tulang..abah pon main beli jer..last2 mama masakkn Telur masak asam..licin nasik


Kesian Aisya..hajat tk kesampaian...tp salute kat dia..ni tahun ke 4 dia puasa...ai dulu pon ader gak 1/2 hari..dia FULL...#touching












Tuesday, July 24, 2012

7 cara wanita berjalan..korang yg mana satu??

Pernah tak korang perati org berjalan expecially kalau pompuan/lelaki lalu depan korang..pd yg lelaki jgn temberang la kalau korg ckp korg tk tengok..tkleh caye...kuikuikui...

Ai ada jugakla perati org jln kalau diorg lintas depan ai lebih2 lgi kalau pompuan tu terover seksi..okeh..moh kita tgk apa makna kalau gaya jalan korang mcm ni...

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Friday, July 20, 2012

Master Chef Selebriti dah ada produk makanan sendiri???

Korang mesti suke tgk MC Selebriti kan yg telah menobatkan Dr Fazley sbgai pemenangnyer. Ai kalau termiss tgk msti hari ahad dok depan tv ngadap marathon MCS tu smpai Aisya pon dah pandai komen.."Mama ni..asik2 tgk citer ni...tk boring ker?..nanti mama msk mcm diorg masak ni yer..."...Reaksi ai.."GULP!!!!"..~___~v..hehehe..

Okeh...korang jangan terkejut yer sbb sekarang selebriti2 tu seme dah ada produk makanan sendiri. Tapi, jangan pulak korang percaya bulat-bulat. Ni semua gimik yang dibuat oleh pihak MCS Malaysia dan produk-produk ini semua bukan untuk dijual.

Antara produk yg menarik perhatian ai ialah:

1. “Buah Dalam Tin Cap Dr. Faiz”....Sedap Sampai Ke Bulan(dah mcm tajuk drama...amik pelakon dr bulan..hehehe)

2. "Jeruk Timun"..Rahsia dari ratu Cantik (Ratu cantik makan jeruk untuk cantik....kena try ni..)

3. “Kaya Cap Jehan Miskin”...Miskin & Kaya Menggemarinya(dah mcm lagu raya lak....seyes kelaka guling..guling..)

4. “Santan Rendah Lemak Cap Soo Wincci”...rendah Lemak Tinggi Konfiden (terbaekkk...SWC mmg tinggi konfiden level dlm MCS)

5. "Tepung Goreng Pisang Cap Tomok"..Goreng Pisang Boleh Goreng Gitar Boleh (pasni kita akan tgk gerai goreng pisang letak nama Goreng Pisang TOMOK..boleh??)


dan yang paling terbaik..jeng...jeng...jengggggg

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

6. “Serbuk Cili Cap Azwan Ali”...Panas dan Kontroversi.....Bukan main lagi nama produk, sesuai dan kena pada selebritinya.

Apa kata korang tgk sendiri produk-produk makanan ini ya. Ingat, ianya tiada di pasaran. Jangan korang gi kedai runcit mamak cari jugak..sampai raya tahun depan pon tkkan jumper..silap2 nanti kena sumpah sama itu mamak..hahahaaaa....

7. "Minyak Masak cap Serina Redzuwan"

8. "Kuah Rojak cap Farouk Hussein"

9. "Lada Hitam cap Siti Sarah" (x baik tau MC ni..tau la SS tu agak gelap sikit kulitnya...bg jd duta Lada Hitam..sedeyyy)

10. Yang ni tk tau produk aper tapi cap Louisa Chong

11. "Asam Jawa cap Juliza Adzlizan"

12. "Gula Melaka cap Karl Shafek"

13. "Sos BBQ cap Angah Raja Lawak"

14. "Kicap cap Raja Azmi" (agaknyer sempena filem dia ".....dalam Botol" kot..kikiki)

15. "Kismis cap Dr Fazley"

16. "Tomato Dlm Tin cap Salamiah Hassan"

Notes: Kalau nak beli pon ai nak beli Kismis Dr Fazley (bg kat Aisya) ngan Serbuk Cili AA...pedas menyengat sbb asben ai suke pedas..kikiki..ape2 pon supportlah produk tempatan

12 Cara Jawab Telepon Paling Kerek

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..ada x korang terpikir untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon). Jom kita tengok apakah 12 cara menjawab telefon paling kerek sekali.

1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?

Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.


2. Soalan: Haloo, siapa disana?

Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..


3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?

Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.


4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?

Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.


5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?

Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.


7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?

Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.


8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.

Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap


9. Soalan: Halloo… …

Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?


10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…

Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.


11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?

Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.


12. Soalan: Assalammualaikum…

Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Tuesday, June 26, 2012

Homework Mama...T_________T

Semalam (Isnin:25/6/2012) lepas amik Aisya kat rmh Ibu (babysitter Aisya kitorg panggil IBU sbb berperwatakan mak..mak..gitu kan) Aiysa kuarkan segumpal kertas warna warni dr dlm beg dia. Aisya cakap..

Aisya : Mama..ni homework teacher suruh buat..hantar next week
(pastu dia blah..tinggal selonggok kertas atas kapet..hadoiiii...habislah kapet mak nak oiiii)
Mama : Aik..kertas ape ni Aisya..sampah sarap dlm beg ker..nak buat aper ni??
(emosi mase tu..hanginnnnn)
Aisya : Tak la mama..teacher suruh buat ape ntah..kena htr next week
(pastu dia wat dono lg..ckp pon tk pandang muka mak...)
Mama : Homework ape mcm ni....
(Sambil tgn membelek-belek kertas warna yg dh dikerat2 tu..kalau nak tau cne rupenyer ni ha ai letakkn gambornyer....


Mama : Ni mcm anyaman jer...Aisya kena buat anyaman ker?
Aisya : Entahla....tk tau
Mama : Iyela ni anyaman..tapi nape Aisya potong senget2..x cantik la mcm ni...
(pastu smbung bebel lagik...pot..pet..pot..pet)
Aisya : Aisya x reti la nk potong kertas tu..besar sgt

Ai pon aper lagi...kuarkan kertas warna & kertas lukisan yg baru..terus kerat sana kerat sini..anyam semula...hahahaaaaa...mama buat yg baru utk Aisya..agaknyer mama2 lain pon akn buat mcm aku kot..tgk hasil kerastangan anak rase tk puas hati terus TOLONG BUATKAN..ye dakkk???....lagipon mama mmg suka tampal menampal ni..bakat terpendam sekian lama terperuk..hehehe..hasilnya....TARAAAAAA


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Erk..korang rase cikgu dia perasan tak yg mama dia yg buatkan..hehehe....Abah tgk terkejut..siap sound aku tuuu..

"Mama ko mmg suke bab-bab ni...serah la kat dia..mana blh htr mcm ni kat cikgu..nti cikgu tau la.."

Bila aku tenung balik smla..mmg betul pon..tkkn bdk darjah 1 buat cantik mcm ni..sudahnyer tukar PLAN B..

Mama : Aisya..bak sini anyaman Aisya tadi mama nk alter
Aisya : Alaaa mama..kita htr je yg mama buat tu.. (statement malas nak amik la tu)
Mama : Takde..takde..nti cikgu tk percaye..bak sini yg buruk td tu

Pas kerat sana kerat sini..alter aserba sikit finally.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haaa..camni baru cikgu caye bdk darjah 1 buat...betul tak??

Monday, May 16, 2011

K-Pop, M-Pop..Paddle POP!!

Lagi2 kump Gula-Gula ni...Ok secara jujur lagunya not bad jugak. Catchy. Dari gaya tariannya nampak jelas sangat kot kumpulan Gula Gula nie nak meniru WonderGirls. Tapi tak apa. Awal-awal tiru nanti lama-lama adalah identiti sendiri. Jangan dari awal sampai habis meniru je sudahlah. Dalam video ini, kelihatan juga abang Nas Ahmad (Melodi) tersenyum riang memberikan komen yang membina buat Gula-Gula.

Ok kalau anda tertekan, terasa nak muntah darah atau terjun KB Mall selepas melihat
video klip diorg ni... sila tenangkan fikiran anda dengan melayan video parody ni pulak

Tuesday, May 3, 2011

K-POP ker M-POP..layan PadlePOP lagi best..kah..kah..kah

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah


Okey sorry aku terpaksa melepaskan gelak aku ni sbb dah tk tahan dr minggu lepas lagik. Lantaklah ape korang nk cakap...kelakar siot. Aku takmo komen panjang2 sbb naik geli ketiak aku nengok gambar bdk2 melayu yg tk sedor diri nih..perasan encem yg bdk pompuan persan chomel2 gitew..... Korang layan je gambar-gambar kat bawah neh dulu ;




Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah

Nama Gula-Gula..24/7..wakakakaaaaa....mmg tk boleh blah nyer nama group....

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah..

Baik aku gelak sambil mkn eskrem paddle POP...sambung balik gelak...

Kah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah

adoiii..kejang otot mulut nk gelak...kah kah kah

Friday, April 29, 2011

N3 untuk hilangkan boring dipetang hari (Part 2)

Ni lagi beberapa pic lawak petang yg tk boleh blah...


.



.



.



.



.



.



.




Dan paling tk boleh handle how come boleh letak sign board tebalik nih??


N3 utk menghilangkan boring dipetang hari

Huarghhhh!!!!ngantoknyerrrr......tk tau nk wat aper petang2 hari ni pas perut kenyang hasil dr belanja dr en bos (Pizza Hut)..burppp!!So..pada sesape yg sama2 ngantok layankan picture2 baby yg super duper cute hasil dr kretiviti mak bapak diorg yg tkder keje amik pic bby diorg tgh tido..tapi series mmg CUTE!!