Pages

Tuesday, July 24, 2012

7 cara wanita berjalan..korang yg mana satu??

Pernah tak korang perati org berjalan expecially kalau pompuan/lelaki lalu depan korang..pd yg lelaki jgn temberang la kalau korg ckp korg tk tengok..tkleh caye...kuikuikui...

Ai ada jugakla perati org jln kalau diorg lintas depan ai lebih2 lgi kalau pompuan tu terover seksi..okeh..moh kita tgk apa makna kalau gaya jalan korang mcm ni...

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Friday, July 20, 2012

Master Chef Selebriti dah ada produk makanan sendiri???

Korang mesti suke tgk MC Selebriti kan yg telah menobatkan Dr Fazley sbgai pemenangnyer. Ai kalau termiss tgk msti hari ahad dok depan tv ngadap marathon MCS tu smpai Aisya pon dah pandai komen.."Mama ni..asik2 tgk citer ni...tk boring ker?..nanti mama msk mcm diorg masak ni yer..."...Reaksi ai.."GULP!!!!"..~___~v..hehehe..

Okeh...korang jangan terkejut yer sbb sekarang selebriti2 tu seme dah ada produk makanan sendiri. Tapi, jangan pulak korang percaya bulat-bulat. Ni semua gimik yang dibuat oleh pihak MCS Malaysia dan produk-produk ini semua bukan untuk dijual.

Antara produk yg menarik perhatian ai ialah:

1. “Buah Dalam Tin Cap Dr. Faiz”....Sedap Sampai Ke Bulan(dah mcm tajuk drama...amik pelakon dr bulan..hehehe)

2. "Jeruk Timun"..Rahsia dari ratu Cantik (Ratu cantik makan jeruk untuk cantik....kena try ni..)

3. “Kaya Cap Jehan Miskin”...Miskin & Kaya Menggemarinya(dah mcm lagu raya lak....seyes kelaka guling..guling..)

4. “Santan Rendah Lemak Cap Soo Wincci”...rendah Lemak Tinggi Konfiden (terbaekkk...SWC mmg tinggi konfiden level dlm MCS)

5. "Tepung Goreng Pisang Cap Tomok"..Goreng Pisang Boleh Goreng Gitar Boleh (pasni kita akan tgk gerai goreng pisang letak nama Goreng Pisang TOMOK..boleh??)


dan yang paling terbaik..jeng...jeng...jengggggg

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

6. “Serbuk Cili Cap Azwan Ali”...Panas dan Kontroversi.....Bukan main lagi nama produk, sesuai dan kena pada selebritinya.

Apa kata korang tgk sendiri produk-produk makanan ini ya. Ingat, ianya tiada di pasaran. Jangan korang gi kedai runcit mamak cari jugak..sampai raya tahun depan pon tkkan jumper..silap2 nanti kena sumpah sama itu mamak..hahahaaaa....

7. "Minyak Masak cap Serina Redzuwan"

8. "Kuah Rojak cap Farouk Hussein"

9. "Lada Hitam cap Siti Sarah" (x baik tau MC ni..tau la SS tu agak gelap sikit kulitnya...bg jd duta Lada Hitam..sedeyyy)

10. Yang ni tk tau produk aper tapi cap Louisa Chong

11. "Asam Jawa cap Juliza Adzlizan"

12. "Gula Melaka cap Karl Shafek"

13. "Sos BBQ cap Angah Raja Lawak"

14. "Kicap cap Raja Azmi" (agaknyer sempena filem dia ".....dalam Botol" kot..kikiki)

15. "Kismis cap Dr Fazley"

16. "Tomato Dlm Tin cap Salamiah Hassan"

Notes: Kalau nak beli pon ai nak beli Kismis Dr Fazley (bg kat Aisya) ngan Serbuk Cili AA...pedas menyengat sbb asben ai suke pedas..kikiki..ape2 pon supportlah produk tempatan

12 Cara Jawab Telepon Paling Kerek

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..ada x korang terpikir untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon). Jom kita tengok apakah 12 cara menjawab telefon paling kerek sekali.

1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?

Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.


2. Soalan: Haloo, siapa disana?

Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..


3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?

Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.


4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?

Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.


5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?

Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.


7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?

Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.


8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.

Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap


9. Soalan: Halloo… …

Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?


10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…

Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.


11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?

Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.


12. Soalan: Assalammualaikum…

Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Thursday, July 19, 2012

Info Jimat Baterry Smartphone

Lagi pasal HP tapi versi Smartphone (Bekberi, Samsung, HP, HTC.......)

Info ni ai dapat dr dalam artikel kat satu blog yg ai baca...Cara2 nak jimatkan beteri SmartPhone..
--------------------------
---------------
Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar, pasti kadang-kadang mengalami masalah yang sama iaitu kuasa bateri cepat berkurangan. Kini, semakin baru/terkini sesebuah telefon pintar tersebut, makin tinggi kapasiti kuasa bateri yang ditawarkan. Ini kerana, saiz skrin telefon pintar hari ini semakin hari semakin besar, jadi ianya memerlukan kuasa bateri yang tinggi. Jadi bagaimana untuk mengekalkan kuasa bateri untuk lebih lama? Dibawah adalah 10 cara yang mampu membantu anda memanjangkan kuasa bateri telefon pintar anda.

1. Paparan Skrin

Tetapkan (Set) kadar keterangan skrin ke aras yang rendah. Ini akan membantu melanjutkan kuasa bateri kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah. Janganlah anda tetapkan kadar keterangan tue ke tahap paling minimum. Nanti tak nampak apa-apa selain muka sendiri.


2. Memahami Jenis Skrin Yang Digunakan (LCD atau OLED)

LCD : Skrin jenis ini bergantung pada cahaya dari latar belakang (back lighting), cahaya latar (back light) dihidupkan sepanjang masa tetapi bergantung pada kandungan di skrin samaada hitam atau putih. Walaupun skrin tidak memaparkan apa-apa kandungan, cahaya latar tetap dihidupkan dan ini mungkin tidak membantu anda menjimatkan penggunaan bateri. Harap langkah berikutnya membantu anda mengatasi masalah ini.


OLED : Semakin cerah warna yang anda gunakan pada skrin, makin cepat kuasa bateri berkurangan. Perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan menggunakan latar belakang yang gelap. Untuk Nokia Lumia, sila gunakan tiles yang gelap. Warna putih menggunakan kuasa di skrin OLED.


3. Skrin Ke Paparan Standby

Bila anda tak menggunakan skrin, sila aktifkan paparan standby iaitu dengan mematikan paparan pada skrin. Dicadangkan masa untuk skrin automatik ke paparan standby tidak lah terlalu lama.


4. Sambungan (Connectivity)

Kalau anda tak guna Bluetooth, tutup sahaja. Ini adalah perkara asas yang mungkin semua orang tahu. Mematikan Bluetooth bukan sahaja menjimatkan kuasa bateri, tetapi melindungi dari ancaman luar. Begitu juga dengan sambungan WiFi, sila matikan jika tidak mahu menggunakannya. Ini kerana, ia akan terus mengimbas sambungan WiFi yang berada dikawasan berdekatan.


5. Aplikasi

Mesti didalam telefon anda mempunyai aplikasi email/sosial media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru. Dicadangkan anda menetapkan 30 minit atau lebih untuk kekerapan kemaskini tersebut. Cuba bayangkan jika setiap 5 minit telefon anda melakukan kemaskini pada Facebook/Twitter. Memang takkan bertahan punya kuasa bateri tu.


6. Kemaskini

Mungkin telefon pintar anda menerima kemaskini terbaru atau aplikasi mempunyai versi terkini. Digalakkan proses kemaskini tersebut dijalankan semasa anda mengecas telefon. Ini kerana, kadang-kadang proses kemaskini boleh mengganggu prestasi telefon jika ianya terganggu.


7. Power Saving Mode

Aktifkan sahaja fungsi ini walaupun kuasa bateri masih banyak. Ini kerana mode tersebut akan menjalankan satu pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon dan masih mengekalkan prestasi telefon ketahap maksimum.


8. Pengecas Telefon

Pengecas telefon kini mempunyai fungsi dimana akan akan mengesan apabila telefon mencapai 100% dan berhenti tanpa merosakkan bateri. Jika pengecas yang anda gunakan rosak dan tidak boleh digunakan, belilah pengecas yang dikeluarkan oleh pengilang telefon anda atau dengan kata lain belilah yang original. Jangan beli kat pasar malam yang menggunakan jenama cap ayam.

Menggunakan pengecas dari plug lebih pantas berbanding daripada mengecas menggunakan kabel USB dari komputer. Menggunakan plug, ianya lebih pantas dan menjimatkan masa.


9. Vibrate/Getaran

Mengaktifkan getaran tidak diperlukan kecuali telefon anda didalam mod senyap (Silent).


10. Common Sense

Secara umumnya kita tahu berapa lama bateri boleh bertahan untuk satu-satu hari. Sebagai contoh, anda keluar pagi, balik tengah malam dan baru nak cas telefon. Adakah logik bateri anda akan tahan lama bila waktu lunch anda boleh layan Youtube kat phone? Ataupun mendengar radio atau MP3 semasa kerja? Atau bermain game semasa tiada kerja untuk dibuat? Mestila takkan. Jadi anda sendiri tahu bagaimana sebenarnya untuk menjimatkan bateri telefon anda. 9 cara diatas membantu mengurangkan penggunaan kuasa bateri, selebihnya pada anda. Bagaimana anda menggunakan telefon pintar setiap hari.

Lima HP Yang Sangat Fofuler Satu Ketika Dahulu...

Sempena menyahut seruan kerajaan membenarkan pelajar2 bwk HP ke sekolah tahun depan (itupn kalau jadi) so semalam ai ckp kat Aisya nak bg dia HP Sony Erricsson ai yang lama..Aisya dh tersengih suke (dia mana tau HP tu lama ke baru kan)

Tapi ape yg buat ai sentap adalah statement dr abah dier....tau aper abah dia cakap...huh!!!bikin panas tinge ai..

" Kalau yer pon nk bg anak HP tkkn HP lama tu.....bg la koman2 pon Samsung ACE"

...Reaksi ai "......!!!"...terkulat2 mendengarnyer....

Mula la ai bukak citer kisah pada zaman dahulu......mama tkder pon pakai HP masa kecik besar Aisya ni tau...Aisya ni kira untung mama nk bg HP ni..Mama pakai HP masa Mama dah keje....bla..bla..bla.....kalo korang igt ai penah post pasal HP yg ai pakai...kalo tk igt jugak boleh tgk kat sini

Dah..dah....itu kisah Mama, Aisya & HP..mari kita imbas balik era HP zaman dulu.....

Jauh sebelum era iPhone, BlackBerry, dan Android,sudah ada banyak telefon bimbit yang muncul dan menguasai pasaran pada masa itu. Nah, siapa tahu anda lupa atau bahkan mungkin baru lahir pada masa itu, hari ni ai nak ajak korang bernostalgia, mengingat-ingat kembali lima telefon bimbit yang sangat popular pada masanya! Jom lihat telefon yang popular bermula dari nombor lima.

5. Nokia 3210

Tipis dan boleh diganti-ganti covernya, Nokia 3210 adalah salah satu handphone yang paling popular di masanya. Katanya ini juga merupakan salah satu handphone yang paling laku sepanjang masa.Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalam. Nokia 3210 begitu popular sehingga ada handphone yang terinspirasi dari HP ini.

4. Ericsson T10

Sebelum mereka bergabung dengan Sony, Ericsson ada melahirkan telefon bimbit sendiri. Salah satu yang paling popular adalah T10, dari jenis ‘flip’ yang berwarna-warni. Tapi berbeza dengan Nokia 3210, ‘cover’ mereka tidak boleh diganti-ganti. Jadi kalau anda mahukan koleksi semua warna, anda kena beli telefon bimbit tersebut!

3. Nokia 8210

Pada masanya, Nokia 8210 adalah handphone yang paling kecil dan paling mudah. Tersangat kecilnya, handphone ini agak sukar untuk berSMS, apatah lagi bagi yang mempunya jari bersaiz besar. Dulu harganya mahal dan cuma kawan-kawan kita yang bergaji besar sahaja mampu memilikinya.

2. Motorola RAZR

Dulu Nokia memang HP yang paling popular. Tapi dari segi ‘design’, Nokia bukanlah yang paling ‘seksi’.
Di sinilah Motorola RAZR mengambil tempatnya. Dibandingkan dengan Nokia, ciri RAZR memang tidak sebagus HP-HP Nokia. Tapi dari segi bentuk, RAZR ini memang cantik. Tipis dan kesannya elegan .

1. Nokia 5110

Dan inilah handphone ‘sejuta umat’ yang pertama. Nokia 5110 adalah salah satu HP pertama yang covernya boleh diganti-ganti, jadi semua orang yang mempunyai HP ini boleh ada cover yang unik. Tapi ciri ganti-ganti cover ini sebenarnya biasa saja. Yang paling istimewa sebenarnya kerana Nokia 5110 mempunyai game Snake! Inilah mobile game yang popular zaman dulu, jauh sebelum eranya Angry Birds.